Friday, October 10, 2008
SELAMAT BERANGKAT DAN SEMOGA BERJAYA
Hari ini kali ke-2 dalam bulan syawal aku pergi ke KLIA. Hatiku bertanya-tanya apakah aku akan dapat melihat anak-anakku mengikut jejak langkah anak buahku melanjutkan pelajarannya ke luar negeri. Hari ini pada jam 9.00 malam, Angah Iza akan berlepas ke Bangalore, INDIA selama 5 tahun setengah dalam jurusan Medical. Aku sangat gembira melihat kejayaan angah. PAda 27hb. Sep. yang lalu iaitu 3 hari sebelum Hari RAya, aku menghantar abang angah, Along untuk melanjutkan pelajarannya ke UK dalam jurusan Mekanikal selama 4 tahun. Sejuk hati Abah dan Ma mereka melihat anaknya membalas jasa mereka dengan kejayaan anaknya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment