Friday, June 20, 2008

Tak ado apo berito untuk pertang

Tuesday, June 3, 2008

AMK MENUNTUT SUPAYA TINDAKAN DIAMBILPosted Jun 3, 2008 by Shamsul IskandarCategories: Uncategorized
29 Mei 2008.Kenyataan Media
Bertindak segera terhadap Dr. Mahathir Mohamad dan lima individu untuk memulihkan keyakinan terhadap institusi kehakiman
Pada 24 dan 25 Mei laporan-laporan polis telah dibuat terhadap Dr. Mahathir Mohamad dan lima individu yang didapati terlibat dalam urusan perlantikan hakim-hakim oleh Suruhanjaya Siasatan klip video V. K. Lingam.
Sebelum ini alasan tidak ada laporan polis dibuat untuk membolehkan tindakan diambil diberikan. Maka dengan ini Angkatan Muda Keadilan Malaysia menuntut agar Polis DiRaja Malaysia dan Peguam Negara mengumumkan langkah-langkah segera untuk menyiasat dan seterusnya mendakwa kesemua mereka yang terlibat.
Kes ini adalah amat penting kepada negara, justeru pihak polis tidak seharusnya melengah-lengahkan siasatan. Semua yang terlibat perlu dipanggil dengan segera untuk memberi keterangan. Bukti-bukti dan penemuan-penemuan Suruhanjaya perlu diteliti dengan segera.
Tindakan Peguam Negara membuat kenyataan mengenepikan klip video Lingam sejak daripada awal menimbulkan keraguan terhadap integriti beliau untuk melaksanakan amanah jawatan dengan adil. Peguam Negara perlu memperlihatkan kepada rakyat bahawa keadilan dilaksanakan tanpa gentar atau pilih kasih dengan membawa kes kesemua mereka yang terlibat ke muka pengadilan.
Perbicaraan di mahkamah akan memulakan proses untuk memulihkan keyakinan terhadap instituti kehakiman negara. Ini adalah amat kritikal kerana kehakiman yang diragui memberi kesan negatif kepada negara, termasuk di dalam bidang ekonomi. Para pelabur tidak akan membuat pelaburan sekiranya mahkamah tidak diyakini bebas dan adil.
Keadilan bukan sahaja perlu dilaksanakan, ia perlu dilihat dilaksanakan. Demi masa depan negara, bertindak segera!
Harapan Baru Untuk Malaysia
Shamsul Iskandar Mohamad AkinKetua Angkatan Muda Keadilan Malaysia
* Mahathir Mohamad bekas Perdana Menteri Malaysia juga telah menulis mengenai hasil siasatan Royal Commission di sini www.chedet.com pada hari ini !